F Simon Cowell Bengang Lagi Dengan Zayn Malik | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Simon Cowell Bengang Lagi Dengan Zayn Malik

Zayn Malik sebelum ini memang sudah mempunyai 'sejarah' kurang sedap didengar mengenai hubungan dengan penerbit terkenal, Simon Cowell.

Semenjak keluar dari One Direction (1D), Simon juga kerap memberikan kenyataan berbaur sindiran pedas dan mengundang perbalahan dengan penyanyi muda itu.

Terkini, Simon memberi komen mengenai khabar Zayn yang akan menerbitkan sebuah siri tevesyen sendiri. Berjudul Boys, siri tersebut berkisarkan tentang hidupnya dan pengalaman selama bersama kumpulan terhangat dunia, One Direction.

Mengulas mengenai projek bekas 'anak emas'nya itu, Simon yang cukup dikenali sebagai figura berpengaruh dalam dunia muzik malah melahirkan banyak bintang terkenal dunia, berkata, Zayn sepatutnya tidak perlu mengaitkan lagi hal-hal yang berhubung dengan dengan One Direction. Umum mengetahui, Simon adalah orang yang bertanggungjawab mengasaskan 1D.

Siri tersebut dijangka bakal mengimbas kembali sisi Zayn ketika masih masih menjadi anggota One Direction. Sudah pasti Simon juga terkait dengan kumpulan itu.

Ditulis oleh Sherri Cooper Landsman dan Jennifer Levin, Boys mengisahkan pengalaman-pengalaman Zayn selama bersama dengan anggota 1D lain, seperti Harry Styles, Niall Horan, Louis Tomlinson dan Liam Payne.

Bagaimanapun, Zayn tidak berlakon dalam siri itu sebaliknya kekasih kepada supermodel Gigi Hadid ini bertindak sebagai produser eksekutif.
Powered by Blogger.