F Si Kecil Ketawa ‘Buah Dada’ Bapa Bergerak | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Si Kecil Ketawa ‘Buah Dada’ Bapa Bergerak

video

Sebagai seorang bapa pastinya pelbagai cara dilakukan untuk membuatkan anak mereka ketawa termasuklah melalui memek muka, lawak jenaka, kejutan, mahupun menggunakan bentuk fizikal badan!

Video menunjukkan seorang ahli bina badan menghiburkan anak perempuannya dengan mengerakkan bahagian dadanya viral di laman sosial, beberapa hari lalu.

Menerusi video tersebut, lelaki berkenaan yang berbadan ‘sado’ berjaya membuatkan anaknya ketawa dan terpegun selepas dia mengerakkan otot badannya.

Kanak-kanak terbabit kelihatan mencucuk dada bapanya beberapa kali dan terpesona dengan gerakan ‘pelik’ itu, sebelum kedengaran dia berkali-kali ketawa keseronokkan.

Sehingga hari ini, video yang dimuat naik di laman Facebook Gym idols pada 11 Sepetembar lalu telah mendapat tontonan lebih 1.8 juta dan dikongsi lebih 17,000 pengguna Facebook.

Netizen yang menonton video tersebut ternyata terpegun dengan gelagat comel kanak-kanak itu, selain ‘kemampuan’ dimiliki lelaki terbabit dalam menghiburkan anaknya.

“Alvence Cheah pergi bina dada kamu sehingga sebesar ini, anak perempuan kamu pasti akan gembira,” tulis pengguna Facebook Enna May II.

“Daphne Tan LiNg Ling, patutkah saya kagum apabila melihat seorang lelaki dengan ‘buah dada’ yang lebih besar daripada saya,” kata Yee Wen berseloroh.

“Saya juga lakukan kepada anak saya, tapi saya gunakan perut saya yang besar,” tambah James Acebedo Jr.

Jadi, kepada bapa-bapa di luar sana, mungkin cara ini boleh dijadikan sebagai 'mainan baharu' buat si kecil anda! Selamat mencuba.
Powered by Blogger.