Seohyun Mahu Singkir Imej Girls Generation

PENYANYI Seohyun mula berasa tidak selesa apabila peminat hanya mengenalinya sebagai salah seorang anggota kumpulan Girls Generation.


Atas dasar itu juga Seohyun kini bergiat aktif dalam bidang lakonan bagi menyingkirkan label berkenaan dan berharap peminat dapat melihat dia bukan sekadar pelengkap kepada kumpulan itu.

"Saya bukan lagi seorang remaja dan ingin menunjukkan bahawa saya sudah matang menerusi lakonan saya dan bukan hanya kerana saya anggota kumpulan Girls Generation.

"Ada banyak perkara yang ingin saya tunjukkan kepada peminat dan lakonan adalah medium terbaik dalam menukar imej saya yang dikenali peminat," katanya seperti dilaporkan Soompi.

Terbaharu, pelakon itu baharu sahaja muncul dalam drama bersiri terbaharu berjudul Scarlet Heart.

Menerusi drama yang memaparkan zaman bangsawan di Korea, Seohyun melakonkan watak sebagai puteri Baekje yang ingin menjalani kehidupan normal.
Seohyun Mahu Singkir Imej Girls Generation Seohyun Mahu Singkir Imej Girls Generation Reviewed by Kakigosip on 03:24:00 Rating: 5
Powered by Blogger.