F Selepas Isu Gambar Bogel, Atikah Nafi Bercinta Dengan Lelaki Uzbekistan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Selepas Isu Gambar Bogel, Atikah Nafi Bercinta Dengan Lelaki Uzbekistan


Biarpun pelakon Atikah Suhaime dihentam dengan beberapa soalan daripada media mengenai isu gambar bogel yang didakwa itu adalah dirinya, nampaknya Atikah begitu sangat tenang dalam menjawab kesemua soalan yang diajukan.

Aktres jelita itu menafikan individu dalam gambar bogel itu adalah dirinya dan berharap agar pihak pengurusan akan mengambil tindakan secepat yang mungkin.

“Saya tidak mahu lihat dan itu bukan gambar saya, tetapi ibu saya sahaja yang sudah melihat gambar tersebut dan katanya sabar sajalah.

“Maaf saya tidak dapat nak komen apa-apa sangat dan saya berharap agar pihak pengurusan saya dapat mencari maklumat mengenai hal ini,” jelasnya Atikah yang ditemui pada majlis tayangan perdana filem Volkswagen Kuning, semalam.

Ditanya pula soalan peribadi, adakah lelaki yang berasal dari Uzbekistan merupakan kekasih hatinya, Atikah turut menafikan dakwaan itu.

Lelaki yang didakwa sebagai kekasih hatinya itu, Sherzod Yusuf merupakan adik kepada seorang model terkenal bernama Daler Yusuf.

“Itu seperkara lagi yang saya tak nak komenlah,” ujarnya ringkas sambil ketawa.
Powered by Blogger.