F Selepas Diugut Bunuh, Rumah Remy Ishak Diserbu Polis | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Selepas Diugut Bunuh, Rumah Remy Ishak Diserbu Polis

Kediaman Remy Ishak pula dilaporkan menjadi sasaran apabila pihak polis menyerbu rumah beliau di Serdang kira-kira jam 1 pagi semalam, setelah menerima aduan terdapat kegiatan dadah.

Menurut pelakon itu, dia percaya dirinya telah dianiaya oleh individu yang sama membuat ugutan bunuh sebelum ini.

 "Saya syak aduan ini diterima daripada individu sama yang membuat ugutan bunuh terhadap saya. Saya tinggal di situ sudah agak lama.

"Tidak pernah ada masalah pun. Jadi bagaimana tiba-tiba terima aduan kegiatan dadah di situ. Pihak polis juga sedia maklum bahawa keselamatan saya dan keluarga sekarang berada di dalam keadaan yang cukup membimbangkan.

"Saya tidak mahu mengulas panjang dan berharap pihak berkuasa menjalankan siasatan segera. Sebelum ini kereta saya hilang, rumah saya juga pernah dipecah masuk. Malah, saya juga menerima ugutan bunuh. Keselamatan saya kini di tahap yang membimbangkan," katanyaseperti yang dilaporkan Utusan Online.

Remy merahsiakan lokasi beliau berada kini atas isu keselamatan.

Dia turut meluahkan rasa terkilan apabila polis menyerbu rumahnya tanpa memperkenalkan diri sehingga memaksa beliau bercakap dengan polis menerusi telefon untuk kepastian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohammad Aminuddin Megat Alias memberitahu, tiada sebarang unsur jenayah ditemui ketika serbuan.

Powered by Blogger.