F Sekali Lafaz, Saharul Ridzwan dan Deena Emir Sah Bergelar Suami Isteri | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Sekali Lafaz, Saharul Ridzwan dan Deena Emir Sah Bergelar Suami Isteri

Tanggal 16 September 2016, jam 9 pagi, pelakon Saharul Ridzwan atau nama sebenarnya Saharul Ridzwan Bin Hashim telah selamat dinikahkan bersama pasangan pilihan hatinya, Qabilaa Deena Emir Mohamad Akif Emir atau dikenali sebagai Deena Emir dalam sebuah majlis tertutup yang hanya dihadiri kaum ahli keluarga di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Saharul dan Deena dinikahkan oleh bapa Deena sendiri Encik Mohamed Akir Emir Ahmad Teruki dengan sekali lafaz.

Saharul melahirkan rasa gembira dan lega kerana segala perancangan berjalan dengan lancar.


"Alhamdulillah, hari ini bermulalah satu fasa baru dalam hidup saya, dan saya sendiri tidak sabar untuk memikul tanggungjawab idan amanah ni dengan sebaik-baiknya”

Deena Emir yang kelihatan manis dalam persalinan dari Wrap Boutique House tertanya tidak dapat membendung rasa bersyukur sebaik selesai majlis akad nikah.

"Semoga limpah berkat dan rahmat, sentiasa memayungi perkahwinan kami", ujarnya.

Pada majlis tersebut, pihak Saharul menghadiahkan Deena dengan lima dulang hantaran beserta mas kahwin berjumlah RM300 dan dibalas dengan tujuh. Pasangan ini memilih untuk merahsiakan jumlah wang hantaran mereka.

Majlis resepsi pasangan ini bakal berlangsung hari ini, bertempat di Dewan Sri Siantan, Putrajaya.
Powered by Blogger.