F Saya Sekarang Lebih Tabah Berdepan Kritikan - Elizabeth Tan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Saya Sekarang Lebih Tabah Berdepan Kritikan - Elizabeth Tan

Ketika di awal kemunculannya di persada seni tempatan kira-kira dua tahun lalu, nama Elizabeth Tan boleh dikatakan agak cepat dikenali ekoran beberapa isu dan kontroversi yang mengaitkan dirinya.

Malah tidak cukup dengan itu, pelantun lagu Knock Knock dan Setia ini juga menerima kritikan pedas segelintir pihak yang mempertikaikan sekaligus mempersoalkan bakat nyanyiannya.

Menurut pemilik nama sebenar Elizabeth Tan Su Mei, 22, antara kontroversi yang paling memberi kesan apabila dia didakwa menggoda suami orang, merampas teman lelaki orang lain termasuklah dilemparkan kritikan serta kutukan gara-gara dikatakan tidak boleh menyanyi secara live.

Bohong jika dikata dia tidak sedih dan kecewa dengan tuduhan serta tanggapan yang dilemparkan namun Elizabeth yang ditemui ketika majlis pelancaran video muzik single terbaharunya berjudul Tabah, mengakui dia kini sudah lebih tabah dan tenang berdepan dengan segala cemuhan.

"Lagu Tabah ni bukan lagu yang kisahnya tentang pasangan yang putus cinta tetapi bagi saya lagu ini adalah tentang diri saya. Saya kini lebih tabah.

"Ketika baru melangkah masuk ke industri dua tahun lalu, saya dihentam dan dikritik tidak boleh menyanyi. Selain terpalit dengan gosip dikatakan gatal, ambil suami orang, teman lelaki orang.

"Tapi sekarang, saya rasa mental saya sudah lebih tabah dan saya lebih tenang berdepan dengan gosip-gosip tersebut. Mulai tahun ini saya belajar lebih fokus kepada perkara-perkara positif.

"Apa saja kritikan yang dilemparkan jika ianya memang benar seperti yang didakwa, saya akan berusaha untuk memperbaiki kelemahan itu tetapi jika kritikan itu seolah-olah sengaja mahu menjatuhkan saya, saya tidak ambil pusing tetapi jika ada komen-komen tersebut," katanya kepada Malaysian Digest.

Sementara itu berkongsi lanjut mengenai Tabah, lagu tersebut merupakan ciptaannya sendiri bersama komposer dan penerbit terkenal, Audi Mok dan Shazee Ishak. Jelas pemenang gelaran Penyanyi Wanita Baharu Terbaik Anugerah Planet Muzik 2015, dia mendapat ilham menghasilkan lagu itu sekitar tahun lalu.

"Ketika itu saya sedang berada di dalam kereta, waktu itu hujan. Secara tiba-tiba datang ilham melodi lagu ini dan kemudian saya simpan dulu dan cuba hasilkan liriknya. Kemudian apabila sudah siap, saya tunjukkan pada Audi Mok dan beliau yang membantu saya mencantikkan lagi lagu ini," tuturnya.

Muzik video Tabah diarahkan oleh pengarah Kirasu dan proses penggambarannya mengambil masa selama 18 jam.

Perkembangan lain, Elizabeth berkata dia dalam perancangan untuk mengambil kelas vokal bagi memperbaiki mutu nyanyian. Disamping itu, dia juga akan mengikut kelas lakonan kerana mahu menceburi bidang itu dengan lebih serius selepas percubaan pertamanya menerusi filem Usop Wilcha: Menghonjang Makhluk Makhluk Muzium
.

"Saya akan ikuti kelas vokal dan kelas lakonan kerana saya memang minat berlakon. Walaupun ada juga yang kata, saya lebih baik fokus pada menyanyi saja kerana nyanyian pendapatannya lebih lumayan. Tetapi, lakonan juga adalah passion saya malah saya tidak kisah jika terpaksa menjalani penggambaran dan perlu berada di set dalam tempoh lama," katanya.

Dalam pada itu Elizabeth juga memberitahu dia juga merancang mahu mengikuti kelas bahasa Indonesia sebagai persediaannya melebarkan sayap di negara itu, kelak.

"Sejak diberi kepercayaan mengalas tanggungjawab sebagai salah seoang juru untuk sebuah program realiti, Just Duet, saya nampak seperti ada peluang untuk saya membawa muzik saya di sana. Malah ada diundang untuk muncul dalam beberapa program bual bicara, terbitan televisyen di sana.

"Bagaimanapun disebabkan saya tidak fasih berbahasa Indonesia, menyebabkan saya sukar mendapat tawaran. Kerana itu, saya mahu belajar Bahasa Indonesia sebelum betul-betul melebarkan sayap seni di sana," tuturnya.
Powered by Blogger.