F Saya Bukan Lelaki Songsang - Sharul | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Saya Bukan Lelaki Songsang - Sharul

Bekas finalis Akademi Fantasia 2015 (AF2015) Sharul menafikan dakwaan dia ‘dibela’ lelaki dan menjalin hubungan songsang.

Memetik laporan Harian Metro, Sharul, 20, atau nama sebenarnya Muhammad Shahrul Amin Kamarozaman berkata, dia terkejut dengan dakwaan tidak masuk akal itu dan adalah mustahil untuk dia melakukan perkara terkutuk itu.

"Itu semua fitnah kerana saya masih lelaki sejati. Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan mengatakan saya lelaki songsang,"

Sharul berkata, buat masa sekarang dia belum berjumpa dengan wanita yang sesuai untuk dijadikan teman wanita hingga ada yang beranggapan dia lebih tertarik dengan kaum sejenis.

Menurutnya, sebelum ini dia kerap ditanya beberapa pihak mengenai perkara itu hingga mengundang rasa kurang selesa.

"Mereka menyindir dengan mengatakan saya ‘anak ikan’ kepada seorang lelaki kerana sering dilihat bersama sehingga saya disoal adakah sudah bertukar selera kepada lelaki?

"Saya memang tertekan dengan tuduhan itu kerana ia sama sekali tidak benar dan tidak masuk akal. Sebagai orang Islam, saya tahu apa itu halal haram," katanya.

Sharul berkata, dia pernah berjumpa dengan lelaki terbabit tetapi tidak pernah keluar bersama, malah jauh sekali menjalin hubungan intim.

"Saya mula mengenali lelaki itu ketika menghadiri konsert Sufie di Singapura tidak lama dulu. Ketika itu, saya tidak berseorangan kerana turut ditemani rakan AF2015 iaitu Syamel,"katanya.

Sharul berkata, sejak itu mereka mula berkawan dan kerap berjumpa tetapi tidak pernah keluar berdua seperti yang didakwa pihak tidak bertanggungjawab itu.

“Mungkin disebabkan perkenalan yang terjalin membuatkan orang salah anggap,” katanya.
Powered by Blogger.