F Sarah Raisuddin Mengaku Jalani Rawatan Rapatkan Gigi | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Sarah Raisuddin Mengaku Jalani Rawatan Rapatkan Gigi

Dek kerana faktor usia, penyanyi, Siti Sarah Raisuddin, 32, akhirnya nekad menjalani rawatan mencantikkan giginya yang renggang, baru-baru ini.

Memetik laporan BH online, pelantun lagu Kesetiaan ini berkata, bukan saja pada bahagian depan, malah giginya juga renggang pada bahagian kiri dan kanan.

Perubahan pada senyuman Sarah, seperti yang ditunjukkan di laman sosialnya mendapat perhatian ramai sehingga tidak kurang pengikutnya yang memuji gigi wanita itu yang kini kelihatan tersusun cantik.

"Mungkin faktor usia juga yang membuatkan saya nekad dengan keputusan memperbetulkan gigi jarang saya. Apabila usia meningkat, gigi saya sebenarnya renggang juga pada bahagian kiri dan kanan.

"Orang ramai selalu nampak gigi jarang saya di bahagian depan. Hakikatnya, di dua bahagian lain ia turut mengalami masalah sama. Kadang-kadang apabila menonton rakaman diri saya di TV, gigi kelihatan seperti rongak dan patah.

"Dalam hati, saya bertanya sendiri kenapa jadi begitu? Malah, saya juga berdepan kesukaran ketika makan. Makanan yang dijamah selalu tersangkut di celah gigi dan ia membuatkan saya jadi tak selesa," katanya.

Dalam pada itu, ibu anak tiga ini mendedahkan, selama ini dia sebenarnya berdepan masalah kecil ketika menyanyi kerana memiliki gigi jarang.

"Saya ubah gigi ini kerana mempertimbangkan banyak perkara. Ketika menyanyi, faktor pernafasan adalah amat penting. Namun, dengan gigi jarang saya sebelum ini, kawalan pernafasan saya kena lebih kuat," katanya.
Powered by Blogger.