F Sanggup Jadi Anjing Kalau Rating Tinggi | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Sanggup Jadi Anjing Kalau Rating Tinggi

Pelakon Seo In Guk menyatakan bahwa beliau bersedia melakukan apa sahaja demi drama terbaharunya berjudul Shopping King Louie, yang ditayangkan sejak 21 September lalu.

Ketika sidang akhbar baru-baru ini, pelakon berusia 28 tahun ini turut berkongsi harapannya terhadap drama yang menyaksikan gandingannya bersama aktres Nam Ji Hyun.

"Saya gembira jika drama kami melebihi 10 peratus dalam penilaian penonton.

"Jika perkara itu berlaku, saya bersedia untuk melakukan apa-apa."

"Saya juga akan berpakaian sebagai Shiba Inu," janji Seo In Guk.

Shiba Inu merupakan anjing peliharaannya (merujuk sepertimana gambar dibawah).

Shopping King Louie disebut-sebut bakal mencetus fenomena dan dinanti-natikan penonton di Korea. Berdasarkan tayangan episod pertama lalu, drama tersebut dilaporkan mendapat reaksi dan komen positif penonton.

Drama bergenre komedi-romatik arahan pengarah Lee Sang Yeob ini mengisahkan tentang seorang jejaka yang berasal daripada keluarga berada. Dia dibesarkan di Amerika Syarikat dan mempunyai perangai, seorang sangat suka membeli-belah.

Pada satu hari dia pulang Korea, malangnya dia timpa kemalangan jalan raya dan kemudian hilang ingatan. Disebabkan dia tidak tahu siapa dirinya yang sebenar, Louie terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran sehinggalah dia bertemu dengan seorang gadis, Go Bok Shil yang cuba membantu memulihkan semula ingatan Louie dan kembali menjalani semula kehidupannya.

Memulakan karier sebagai penyanyi selepas memenangi program realiti Superstar K (2009), Soe In Guk kemudiannya mencuri tumpuan sekaligus mula meraih populariti sejak membintangi drama Reply 1997.

Antara drama lain yang pernah dibintangi seperti Hello Monster, Love Rain, Master's Sun dan King Face. Selain dia juga dikenali menerusi kemunculan sebagai tetamu undangan dalam beberapa program realiti seperti Lets Go Dream Team (2), Happy Together, Running Man, Law of the Jungle Indochina dan terbaharu, Law of The Jungle Mongolia.
Powered by Blogger.