Berita Terkini
recent

Saharul Ridzwan & Deena Rancang Bulan Madu Di Mekah


Selesai sahaja majlis pernikahan dan resepsi perkahwinan artis, antara soalan wajib yang ditanya oleh media ialah ke manakah destinasi bulan madu mereka?

Bagi hero drama Kau Aku Kita iaitu Saharul Ridzwan dan isteri Deena Emir pula, memilih untuk pergi ke Mekah sebagai pilihan hadiah bulan madu mereka.

"Berkenaan bulan madu masih lagi dalam perancangan. Sebenarnya kami ada berniat untuk berbulan madu di tanah suci Mekah, Arab Saudi. Jadi, kemungkinan akan pergi pada awal bulan November depan nanti. Sebab buat sementara waktu ini masih lagi musim haji, oleh itu untuk buat umrah ziarah akan ditutup selama sebulan," ujar Saharul.

Diajukan dengan soalan perihal perancangan untuk berkeluarga, Saharul dan Deena masing-masing teruja berbicara tentang anak.

"Saya sebenarnya suka dengan budak-budak, insyaAllah andai ada rezeki kami tidak menolak," kata Deena ringkas.

"InsyaAllah, itu pun satu rezeki juga, saya akan usahakan," tutur Saharul sambil berseloroh.

Pada 16 September 2016 petang Sabtu, dengan sekali lafaz pasangan Saharul dan Deena telah selamat diijabkabulkan yang diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.