F Sabhi Saddi Malu Sambut Hari Jadi Di Usia 32 Tahun | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Sabhi Saddi Malu Sambut Hari Jadi Di Usia 32 Tahun


Jumaat lalu, penyanyi dan pelakon Sabhi Saddi telah diberikan kejutan sempena hari lahirnya yang ke 32 tahun.  Isterinya, Rosi Awani Abdul Razak merupakan 'ketua operasi' majlis tersebut bersama kelab peminatnya.



"Hari lahir Sabhi adalah pada  4 September namun kami sengaja adakan lebih awal dua hari supaya Sabhi tak syak.  Kalau ikutkan dia memang dia tak mahu buat sambutan hari lahir lagi sebab katanya malu, dah tua," ujar Rosi.



Sabhi juga dalam ucapannya sendiri mengakui perkara tersebut dan sangat terkejut kerana tak sangka ada lagi majlis sambutan hari jadi untuknya.

"Walau bagaimanapun saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dan hadir.  Terima kasih banyak-banyak," katanya.

Majlis yang diadakan di Kueh, Shah Alam itu dihadiri oleh lebih kurang 60 tetamu yang merupakan kenalan rapat dan ahli kelab peminatnya.
Powered by Blogger.