F Rosyam Nor Seru Rakan Artis Viralkan Program World #QuranHour | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Rosyam Nor Seru Rakan Artis Viralkan Program World #QuranHour


Khamis lalu, Rosyam Nor telah berjalan kaki sejauh 47.2KM untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai program World #QuranHour.

Ujar Rosyam, selain itu dia juga meminta agar rakan-rakan artis turut viralkan mengenai program yang akan berlangsung pada Ahad 11 September di UIAM Gombak bermula jam 9-10 pagi.

"Hanya satu jam itu kita sama-sama baca al-Quran. Kita tinggalkan segala benda lain. Kalau tak boleh baca kita baca terjemahan atau kita bincangkan mengenai kehebatan al-Quran," katanya.

Untuk makluman, walaupun UIAM kan menjadi lokasi utama namun terdapat juga beberapa lokasi lain yang turut memeriahkan dan menyokong kempen ini.

Antaranya TV3 akan mengadakan program siaran langsung World #Quranhour Live @ TV3 dari studio Sri Pentas 2 di Plaza Alam Sentral, Shah Alam sebagai tanda sokongan kepada kempen tersebut.

Program satu jam ini akan dikemudi oleh Ally Iskandar Mohd Mardzi, personaliti TV yang tidak asing lagi.

Orang ramai dijemput hadir ke Studio Sri Pentas 2 untuk mengaji bersama. Mereka perlu membawa sejadah dan Al Quran beserta telekung bagi golongan wanita. Program akan bermula dengan solat Dhuha berjemaah pada jam 8 pagi.

Antara personaliti yang menyertai program siaran langsung tersebut ialah Azizul Hasni Awang, Achey juara rancangan Bintang Mencari Bintang, Dr Harlina dan Datuk Rosyam Nor, selain finalis Qari Jr. 5 iaitu adik Haikal yang cacat penglihatan sejak daripada kecil dan juara Da’i musim ketiga, Da’i Hamidah. Rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara dan pelajar-pelajar Malaysia di Perth, Australia juga akan turut serta menerusi Facebook Live.

Selepas setiap bacaan potongan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca oleh para tetamu, Ustaz Zarifi pegawai khas kepada Ketua Pengarah JAKIM dan Ustaz Rozie Rejab yang sering diundang sebagai penceramah untuk program televisyen
Powered by Blogger.