F Rosyam Nor Berjalan Kaki Sejauh 47.2KM | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Rosyam Nor Berjalan Kaki Sejauh 47.2KM

Pelakon dan penerbit popular, Datuk Rosyam Nor memulakan perjalanan dari Kompleks Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf) menuju ke Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak bagi menjayakan misi Walk For World #QuranHour.

Rosyam memulakan perjalanan sekitar jam 6.40 pagi selepas Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub membuat flag-off.

Sebelum itu, Rosyam turut berkesempatan untuk mengimamkan solat Subuh secara berjemaah di Masjid Karangkraf sebelum memulakan perjalanannya.

Menurut Rosyam, ini merupakan pengalaman pertama baginya untuk berjalan kaki sejauh 47.2 kilometer sehingga ke Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM Gombak.

"Saya harap saya akan mempunyai tenaga dan tidak terlibat dengan sebarang kecederaan otot," katanya.

Beliau berkata, misi ini adalah bagi memaklumkan kepada masyarakat Islam berhubung sambutan World Quran Hour pada Ahad ini.

Menerusi misi ini, Rosyam bakal berjalan kaki sejauh 47.2 kilometer dan akan berhenti seketika di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr Ismail bagi mengedarkan risalah disamping menunaikan solat Zohor sebelum meneruskan perjalanan ke UIAM.

Selain daripada itu, Rosyam yang juga merupakan ikon Rumah Ngaji turut ditemani polis pengiring serta pasukan perubatan sepanjang berjalan kaki bagi membawa misi tersebut.

Inisiatif program Walk for World #QuranHour ini lahir daripada cetusan idea Rosyam sebagai usaha kemuncak untuk terus mengajak orang ramai mengikuti program World Quran Hour.

Pelaksanaan program perdana World #QuranHour dijadualkan bakal berlangsung pada Ahad ini, bersamaan 9 Zulhijah 1437H jam 9 pagi di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM Gombak.
Powered by Blogger.