F Rita Rudaini & Donna Teman Tapi Mesra | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Rita Rudaini & Donna Teman Tapi Mesra


Pada Isnin yang lalu, Kakigosip ada menyiarkan sebuah artikel (Baca: Cuit-Cuit Manja Rita & Donna Di IG). Berikutan itu, Kakigosip berjaya mendapatkan pengacara HLive iaitu Donna Muslim, 27, bagi mengulas lanjut berkenaan hubungan mereka yang dilihat begitu mesra.

"Kami berdua hanya berkawan sahaja, namun di antara rakan-rakan artis yang saya kenali, saya selesa bersama Rita kerana dia banyak membimbing saya. Dan perkara itu juga membuatkan saya respek kepadanya.

"Saya kenal Rita sejak tahun lalu lagi dan mula selesa berkawan sejak saya terbitkan program LePaknil. Pada ketika itu Rita merupakan artis undangan bagi program tersebut," ujarnya.

Ditanya pula respon Donna apabila Rita memanggilnya sebagai 'boyfriend' menerusi ruangan komen Instagram rakan mereka berdua, ini jawap Donna;

"Saya tak anggap itu sebagai satu perkara yang serius, mungkin Rita bergurau sahaja. Sejujurnya Rita ini orangnya susah nak berkawan dengan lelaki, jadi apabila dia panggil saya macam itu, maknanya saya adalah kawan lelakinya," katanya sambil tersenyum.

Dalam perkembangan lain, Donna juga sedang menjalani penggambaran drama bersiri 16 episod, arahan Michael Ang berjudul Suri Hati Mr Pilot. Menerusi drama itu, Donna memegang watak sebagai Muslim.
Powered by Blogger.