F Richwork pandang serius isu Azizan Osman | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Richwork pandang serius isu Azizan Osman

Richworks International Sdn Bhd memaklumkan bahawa pihaknya memandang serius isu  kontroversi berhubung gelaran Ijazah Kehormat Doktor (PhD) Keusahawanan oleh penceramah motivasi, Azizan Osman.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan semalam, Richworks berkata pihaknya akan memohon untuk penjelasan lanjut berhubung isu tersebut dan sebaik sahaja proses berkenaan selesai, ia akan dimaklumkan kepada umum.

“Kami kesal di atas kesulitan yang mungkin berlaku dan kami tetap komited untuk terus memberikan nilai yang tertinggi kepada pelanggan dan rakan sekutu,”katanya dalam satu kenyataan.


Semalam, Universiti Malaya (UM) menafikan telah memberikan anugerahkan gelaran Ijazah Kehormat Doktor (PhD) Keusahawanan kepada Azizan Osman selepas isu berkenaan kecoh di media sosial.

Dalam pada itu, Rickwork memaklumkan bahawa pihaknya akan menangani perkara ini dengan sebaik mungkin dan menghargai kesetiaan serta sokongan yang ditunjukkan oleh semua pihak.

Azizan Osman atau 'Dr Azizan' sebelum ini didakwa telah melahirkan jutawan baru melalui program-program yang beliau kendalikan.

Powered by Blogger.