F Redha Menang Tiga Anugerah di Rusia | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Redha Menang Tiga Anugerah di Rusia

Filem Redha mencipta sejarah apabila memenangi tiga anugerah di Festival Filem Islam Antarabangsa Kazan yang berlangsung di Kazan, Rusia, semalam.

Menerusi laman Facebook, pengarah filem tersebut, Tunku Mona Riza berkata, filem arahannya itu memenangi dua anugerah khas iaitu Anugerah Khas Pilihan Presiden Republik Tatarstan Untuk Kemanusiaan Dalam Sinematografi yang dianugerahkan oleh Naib Presiden Tatarstan dan Anugerah Khas daripada Pengkritik Filem Rusia.

Redha turut menerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik untuk filem panjang yang dimenangi oleh tiga pelakon filem berkenaan iaitu Nam Ron, Harith Haziq dan Izzy Zulkhazreef.

Sebelum ini filem itu meraih anugerah Anugerah Pelakon Wanita Terbaik menerusi lakonan Jun Lojong dan Anugerah Khas Juri pada Festival Filem Filipina 2016.

Filem itu turut disenaraikan bagi Anugerah Merit sempena Los Angeles Awareness Film Festival (LAAAFF) 2016 yang akan berlangsung pada 6 hingga 16 Oktober ini.

Redha yang memaparkan kehidupan pasangan suami isteri yang bergelut untuk membesarkan anak mereka yang menghidap autism.

Dalam usaha seorang ibu membantu suaminya untuk menerima ketentuan itu, hubungan suami isteri berkenaan lakonan Nam Ron dan Jun turut goyah.

Redha turut dibintangi Nadiya Nissa, Remy Ishak dan Ruminah Sidek.
Powered by Blogger.