Berita Terkini
recent

Red Velvet Tukar Warna Rambut Untuk Album Baharu

KUMPULAN Red Velvet terpaksa berjalan dengan menutup kepala bagi merahsiakan penampilan baharu mereka sehingga kemunculan album terbaharu dalam masa terdekat.


Baru-baru ini, tersebar beberapa foto ahli kumpulan itu yang menggunakan hoodie dan topi bagi mengelakkan penampilan mereka dikesan peminat.

Menurut sumber, ahli kumpulan iaitu Wendy mengubah warna rambut kepada warna kelabu, Joy pula warna perang, Seulgi menukar warna coklat muda, manakala Yeri berwarna merah.


Selepas foto-foto beredar, peminat mula tidak sabar untuk menunggu kemunculan mereka dan meminta agensi mengeluar sebaran kenyataan atau poster terbaharu Red Velvet.

"Tidak sabar untuk melihat penampilan baharu mereka, agensi mohon percepatkan pelancaran album baharu," ujar netizen.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.