F Raysha Rizrose Kesal Dituduh Bersikap Diva Kerana Pilih Jurusolek | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Raysha Rizrose Kesal Dituduh Bersikap Diva Kerana Pilih Jurusolek

Pelakon baharu Raysha Rizrose kesal apabila dituduh mula bersikap diva gara-gara dia cerewet dan memilih jurusolek khas untuk sesebuah sesi fotografi akhbar baru-baru ini.

Raysha, atau nama sebenarnya, Farza Naquraisha Rizrose, 20, berkata, pemilihan jurusolek tertentu bukanlah perkara baharu, sebaliknya sudah dilakukan sejak awal kemunculannya dalam industri seni iaitu setahun lalu.

"Saya akui agak memilih daripada segi solekan, ini kerana saya selesa wajah saya disolek oleh jurusolek yang biasa saya gunakan sahaja. Namun ia bukan bermakna, jurusolek lain tidak cantik, cuma mungkin tidak sesuai dengan wajah saya.

"Bagi saya tuduhan saya mula bersikap diva itu tidak betul kerana tindakan saya membuat pemilihan jurusolek tertentu itu sejak awal kemunculan saya lagi," ujarnya .

Pelakon filem Dukun Doktor Dani itu menjawab dakwaan kini sudah mula bersikap diva dan meletakkan syarat untuk melakukan sesi fotografi dengan beberapa media.

Aktres yang juga adik kepada pelakon Nelydia dan Uqasha Senrose ini juga dituduh hanya memilih jurumekap tertentu dan baju daripada pereka fesyen terkenal sahaja.

Dalam pada itu, Raysha menafikan dia juga meletakkan syarat dalam memilih baju yang akan dipakai pada mana-mana majlis atau sesi fotografi.

"Kalau pilih jurusolek saya akui agar cerewet tapi cerewet pilih baju itu fitnah. Saya tidak pernah memilih baju atau pereka fesyen sesuai untuk baju yang akan saya pakai.

"Perkara ini hanya tuduhan yang tidak betul sama sekali," ujarnya.

Sementara itu, Raysha mengakui dia mula mendapat tempias dan diperhatikan selepas kontroversi kakaknya Uqasha Senrose yang kembali kepada penampilan tidak bertudung.

Tambahnya, perkara tersebut membuatkan tingkah lakunya turut mendapat perhatian dan dipandang serong.

"Saya sedar selepas kontroversi kakak saya, ramai yang mula memerhatikan saya dan saya tidak pelik jika ada timbul isu-isu negatif tentang saya pula selepas ini," ujarnya.
Powered by Blogger.