F Ramai rayu kembali ke pangkuan Umno | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Ramai rayu kembali ke pangkuan Umno

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, ramai pemimpin dan anggota Umno yang keluar parti termasuk mereka yang dipecat, merayu untuk kembali ke pangkuan parti itu.

Sambil menyifatkan senarai mereka yang merayu menyertai semula Umno panjang, beliau berkata ‘macam-macam dilakukan’ mereka yang keluar parti termasuk mendakwa tindakan diambil Umno adalah tidak adil dan tidak mengikut prosedur.

"Ini membuktikan bahawa apa yang (bekas Menteri Besar Kedah) Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir kata, adalah tidak benar. Beliau mendakwa ramai yang meninggalkan Umno tetapi ramai yang dipecat mahu kembali (menyertai semula Umno)," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan Pengerusi Tetap Umno Gelang Patah, Datuk Baharom Abdul Ghani dan Timbalan Ketua Umno bahagian Kulai Datuk Tosrin Jarvanti yang meninggalkan parti itu pada Sabtu.

Terdahulu, Tengku Adnan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya menghadiri Program Ibadah Korban Sempena Aidiladha peringkat Parlimen Putrajaya di Presint 9 di sini.  

Sempena Aidiladha hari ini, Tengku Adnan menyumbangkan 120 ekor lembu untuk dikorbankan dan diserahkan kepada Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Perbadanan Putrajaya (PPj), Kementerian Wilayah Persekutuan, surau dan masjid selain diagihkan kepada cawangan Umno di Parlimen Putrajaya.

Ditanya kemungkinan lebih ramai yang mungkin mengikut tindakan Baharom dan Tosrin, Tengku Adnan berkata ‘tidak ada masalah bagi mereka mahu keluar parti’ kerana ia tidak menjejaskan Umno.

Menurutnya tindakan keluar daripada parti merupakan jalan terbaik bagi anggota Umno yang menimbulkan kontroversi dan mengelak mereka daripada terus menjadi ‘duri dalam daging’ parti.

"Mungkin ada pihak cuba tarik anggota Umno tetapi saya yakin anggota-anggota terus bersatu bersama Umno... anggota-anggota Umno sedar bahawa ia sebuah parti berstruktur, ada hala tuju dan bermatlamat bagi memastikan Malaysia terus aman dan sejahtera," katanya.

Mengenai penggantungan bekas Exco Pergerakan Pemuda Umno Mohd Rafiq Naizamohideen, Tengku Adnan berkata, tindakan itu diambil selepas siasatan

menyeluruh dilakukan dan terdapat bahan bukti kukuh seperti cakera padat video

(VCD) serta rakaman.    

"Oleh itu, jika tidak berpuas hati (dengan parti), janganlah suarakannya kepada umum dan mencalar imej parti. Sebab itulah, kami mengambil tindakan terhadapnya. Sepatutnya, suarakan sebarang ketidakpuasan hati dalam parti," kata beliau.  

Mohd Rafiq digantung sebagai anggota Umno selama enam tahun atau dua penggal manakala jawatannya sebagai exco Pemuda Umno turut digugurkan. Beliau dikatakan cuba mensabotaj Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri

Melaka, Datuk Seri Idris Haron.    

Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan turut menafikan dakwaan bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah bahawa beliau 'dihentam' dalam mesyuarat Kabinet.

“Saya pun tidak tahu bila masa kita hentam dia (Ahmad Husni)... saya pun berada dalam (mesyuarat) kabinet, saya tahulah. Kita bincang (sesuatu perkara) demi kebaikan negara. Apabila perdana menteri dan timbalan perdana menteri mempengerusikan mesyuarat, kita boleh suarakan apa yang kita yang kita nak suarakan,” katanya.    

Sementara itu, Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung BN menyaran anggota UMNO dan parti-parti komponen BN sentiasa mengutamakan  perjuangan parti berbanding kepentingan diri.

Sambil memberi contoh dirinya yang pernah digugurkan daripada kabinet, katanya beliau tidak pernah bertindak menentang parti.

"Saya tidak marah. Pada saya, perjuangan parti lagi penting...kalau kita letak kepentingan parti dahulu, ia tidak jadi masalah,” katanya.
Powered by Blogger.