F Raih Kutipan RM3.66 juta, Adenan Satem Penyanyi Termahal Negara | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Raih Kutipan RM3.66 juta, Adenan Satem Penyanyi Termahal Negara

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem kini mungkin menjadi antara ‘penyanyi termahal’ di Malaysia apabila lagu-lagu dendangannya pada beberapa majlis amal sudah berjaya membuat kutipan sebanyak RM3.66 juta.

Pada majlis amal Yayasan Sarawak di sini malam kelmarin, lima lagu kegemaran beliau yang didendangkannya termasuk Can’t Help Falling In Love, The Young Ones dan Monalisa berjaya memperoleh sumbangan berjumlah RM60,000.

Jumlah sumbangan sama turut berjaya diraih oleh isterinya, Puan Sri Jamilah Anu menerusi dua dendangan lagu iaitu Asmara dan Senyuman Tak Berbalas.

Kutipan sebanyak RM120,000 itu berjaya membolehkan Yayasan Sarawak memperoleh kutipan keseluruhan lebih RM5.18 juta malam kelmarin.

Dana amal terkumpul berjumlah RM5.1 itu disumbangkan oleh lima syarikat iaitu Tabung Amanah Naim, Kumpulan Syarikat Ta Ann, Kebajikan Dayang Fatimah Bhd., Shorefield Sdn. Bhd. dan Samling Sdn. Bhd. yang masing-masing menderma sebanyak RM1 juta.

Turut hadir memeriahkan majlis tersebut ialah Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Amar Muhammad Asfia Awang Nassar, Timbalan Pengerusi Yayasan Sarawak, Datuk Dr. Abdul Rashid Mohd. Azis dan Pengarah Urusan Kumpulan Naim, Datuk Hasmi Hasnan.

Hasmi yang menyampaikan lagu Unchained Melody turut memperoleh derma berjumlah RM8,085.

Bercakap selepas majlis amal itu, Abdul Rashid berkata, sumbangan yang diperoleh itu akan disalurkan kepada badan-badan kebajikan dalam bentuk geran, bantuan perubatan, kebajikan dan pendidikan.
Powered by Blogger.