F PRU14: BN akan menang besar | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

PRU14: BN akan menang besar

Persempadanan semula bahagian pilihan raya bakal memberi kemenangan besar kepada BN pada PRU14.

Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE), Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, setiap kali persempadanan semula dilakukan, BN akan menang besar.

“Kemenangan yang dicapai BN pada 2004 adalah kerana persempadanan semula yang dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Faktor Pak Lah (bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi) terlalu kecil.

“Kekalahan DAP di lima kerusi di Sarawak juga adalah kerana faktor persempadanan semula dan bukan kerana berkurangnya sokongan pengundi kaum Cina,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, ia terbukti pada pilihan raya pada 1974, 1986 dan 2004 apabila persempadanan dibuat, didapati BN mencapai kemenangan besar.

"Bahkan kerusi yang dipegang pembangkang seperti Lembah Pantai, Titiwangsa dan Bandar Tun Razak boleh hilang ke tangan BN kerana persempadanan semula ini," katanya.

Bagaimanapun, masyarakat kini boleh mengemukakan bantahan kepada SPR sekiranya tidak bersetuju dengan persempadanan semula.

“Saya melihat, rakyat kini sudah tahu hak-hak mereka. Lebih-lebih lagi apabila persempadanan di buat berdasarkan kaum. Ini tidak sihat,” katanya.

Sebelum ini SPR memaklumkan akan melaksanakan kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu berlandaskan peruntukkan Fasal 2 Perkara 113, Perlembagaan Persekutuan.

SPR juga akan melaksanakan kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya bagi Sabah selaras dengan pindaan Fasal 2 Perkara 14 Perlembagaan Negeri Sabah yang telah diwartakan pada 18 Ogos 2016.
Powered by Blogger.