F Presiden Brazil kena ‘boo’ di pembukaan Paralimpik | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Presiden Brazil kena ‘boo’ di pembukaan Paralimpik

Presiden Brazil, Michel Temer menghadapi saat yang memalukan apabila telah di ‘boo’ oleh para penonton sewaktu merasmikan Pembukaan Sukan Paralimpik Rio 2016.

Negara Amerika Selatan itu sedang dilanda pergolakan politik apabila bekas Presiden Brazil, Dilma Rouseff telah dipaksa meninggalkan kediaman rasmi beliau berikutan pemecatan beliau daripada jawatannya.

Temer kini memangku jawatan presiden di negara itu sehingga Januari tahun hadapan.

Selain Temer, Presiden Jawatankuasa penganjur, Carlos Nuzman juga turut di ‘boo oleh penonton ketika menyampaikan ucapan beliau.

Nuzman berjaya menghabiskan ucapan beliau yang menekankan soal ‘dunia baru’ yang lebih mudah untuk rakyat dan juga bebas dari halangan.

Majlis Perasmian berjalan dengan lancar selepas kedua insiden tersebut berlaku. Lagu Kebangsaan Brazil dimainkan oleh Carlos Martin hampir lumpuh di tangan kanannya menerusi piano.

“Setiap negara membawa nama negara masing-masing dan juga semangat juang yang tinggi serta harapan untuk mengharumkan nama negara mereka”

“Mereka yang bergelar juara akan dipuja oleh semua pesaing di kejohanan itu” lapor responden dari BBC.

Penggunaan lampu yang terang sehingga membutakan pandangan adalah simbolik kepada para penonton untuk menunjukkan realiti yang terpaksa dihadapi oleh para atlet untuk tidak bergantung kepada satu pancaindera sahaja.
Powered by Blogger.