F Persendakan Tiffany (SNSD), Pembaca Berita Dikenakan Tindakan Disiplin | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Persendakan Tiffany (SNSD), Pembaca Berita Dikenakan Tindakan Disiplin

Seorang penyampai berita dikenakan tindakan disiplin gara-gara mempersendakan Tiffany (SNSD) ketika sedang bersiaran secara langsung.

Laporan Soompi menyebut Kim Myung Joon memberi komen berbaur sindiran dengan memberi ucapan tahniah kepada Tiffany kerana lebih menyukai negara Jepun berbanding Korea Selatan berikutan kontroversi melanda penyanyi itu.

Berikutan itu lelaki berkenaan yang bertugas di stesen MBN diberi amaran oleh pihak Lembaga Penapisan Program Korea Selatan.

Bagaimanapun Myung Joon secara terbuka memberitahu dia tidak akan meminta maaf atas komennya itu walaupun telah diberi amaran.

Lembaga itu juga dalam satu kenyataan telah memberi amaran keras kepada beberapa lagi program hiburan dan berita melaporkan tentang kontroversi melibatkan Tiffany.

Terdahulu Tiffany dikritik hebat oleh peminat di Instagram selepas memuat naik bendera negara Jepun pada sambutan Hari Kebangsaan Korea bulan lalu.
Powered by Blogger.