F Persatuan Gesa Filem PEKAK Diharamkan! | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Persatuan Gesa Filem PEKAK Diharamkan!


Filem Pekak, memaparkan kisah hidup orang kurang upaya (OKU) yang mengalami masalah pendengaran, telah pun ditayangkan pada awal September lalu, namun kini telah diharamkan di negara Brunei Darussalam.

Jelas pihak Brunei, filem PEKAK itu tidak mempunyai unsur pendidikan, malah memaparkan adegan yang kurang elok seperti menghisap dadah, pergaulan bebas, aksi ganas, dan mencuri.

Terbaru, Kakigosip juga ada menerima kiriman emel kenyataan bantahan penayangan filem Pekak bagi tontonan umum di Malaysia, daripada Persatuan Ibubapa Anak Masalah Pendengaran (Hear Me).

Pandangan yang sama diberikan seperti pihak Brunei, malah jelas Hear Me, paparan itu sama sekali tidak tepat dengan kehidupan realiti OKU.

Seterusnya, pihak Hear Me mahu pihak penerbit dan pengarah filem itu tampil untuk memohon maaf secara terbuka kerana telah memalukan golongan OKU tersebut.

Kakigosip difahamkan, Hear Me juga sudah pun mendapatkan sokongan daripada beberapa pihak persatuan seperti Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia (IKRAM Health), Wanita IKRAM Malaysia, Persatuan Orang Pekak Islam Malaysia (PRISMA) dan Persatuan Orang Pekak Negeri Sembilan (NESDA).
Powered by Blogger.