F Perkahwinan 'hush-hush' Preity Zinta | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Perkahwinan 'hush-hush' Preity Zinta

GAMBAR perkahwinan aktres jelita Bollywood, Preity Zinta dengan pasangannya seorang ahli perniagaan berasal dari Amerika Syarikat, Gene Goodenough, mula tersebar sejak semalam.

Biarpun gambar itu tersebar, wajah aktres tersebut kelihatan sungguh anggun sekali, lapor News18.

Preity dilaporkan berkahwin dalam sebuah majlis tertutup awal tahun ini dan  hanya dihadiri beberapa teman rapatnya.

Majlis tersebut berlangsung di Californian dan media hanya mengetahuinya setelah pasangan tersebut dihujani dengan ucapan tahniah dari orang ramai.

Kedua mempelai tersebut turut mengadakan majlis resepsi di India dan dihadiri oleh orang-orang ternama Bollywood.

Melihat kepada gambar-gambar yang dikongsi oleh Preity, majlis tersebut terserlah ciri tradisionalnya sebagai wanita India.

Laporan media mengatakan pasangan tersebut memutuskan untuk menjual gambar perkahwinan mereka dan mendermakan wang tersebut kepada Yayasan Preity Zinta
Powered by Blogger.