F Perjalanan Kurt Russell dalam bidang seni | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Perjalanan Kurt Russell dalam bidang seni

PENGLIBATANNYA di dalam dunia perfileman di Hollywood sudah lama, iaitu sejak tahun 1962 lagi bermula dengan siri TV, Dennis The Menace.

Memainkan peranan sebagai Kevin di dalam salah satu episod siri berkenaan, Russell selepas itu mula mengambil inisiatif dengan menghadiri uji bakat di mana-mana produksi drama atau filem yang memerlukan bintang baharu pada ketika itu.

Sejak itulah, pengalaman sepanjang menjalani uji bakat dikutipnya dalam mengejar impian untuk menjadi seorang pelakon dikenali.

Filem pertama lakonannya, It Happenned at The World’s Fair pada 1963, berjaya membuka mata ramai produser untuk mengambilnya berlakon.

Meskipun wataknya tidaklah sebesar mana di dalam filem tersebut, namun peluang yang diraih aktor yang dilahirkan pada 17 Mac 1951 ini untuk berlakon bersama ikon Hollywood, Elvis Presley tidak disia-siakan.

Russell selepas itu, kian mendapat perhatian lalu satu demi satu filem lakonannya diminati pencinta filem seluruh dunia. Antara filem yang menaikkan namanya ialah Overboard, Thumbstone, Miracle dan Poseidon yang ditayangkan pada 2006.

Terbaru, pelakon yang pernah mendapat pencalonan untuk Anugerah Golden Globe dan Anugerah Emmy itu, sekali lagi bakal meraih tumpuan menerusi sebuah lagi filem berbajet besar, Deepwater Horizon.

Pada usia 65 tahun kini, Russell kekal diberi kepercayaan untuk menjadi salah seorang pelakon utama di dalam filem arahan Peter Berg itu di samping aktor Mark Wahlberg.

Menerusi filem yang diinspirasikan daripada kisah besar itu, Russell memegang peranan sebagai Jimmy Herrell iaitu salah seorang pekerja pelantar minyak yang berdepan dengan masalah teknikal bersama kru lain sehingga membawa kepada tragedi hitam paling diingati dalam dunia kejuruteraan yang berlaku pada 2010 di perairan Mexico.

Filem tersebut bakal ditayangkan di Malaysia pada penghujung bulan ini.
Powered by Blogger.