F Percaya Atau Tidak? Khai Bahar Pertama Kali Show Di Pahang | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Percaya Atau Tidak? Khai Bahar Pertama Kali Show Di Pahang


Patutlah Khai Bahar teruja sangat untuk buat show di Pahang.  Rupa-rupanya showcase Jajahan Gegar Pahang Anjuran  THR Gegar, baru-baru ini merupakan show pertama dia bertemu peminatnya di sana.

"Khai gembira sangat sebab dapat join event THR Gegar ini.  Khai dapat belajar dari segi bercakap depan orang ramai, dapat kenal rapat engan orang-orang Pahang dan Khai tak sangka dekat Pahang juga ada ramai peminat Khai.  Alhamdulilah," katanya.

Tambah Khai, setakat ini di Terengganu, pernah buat show di Kemaman dan Kelantan belum lagi.  InsyaAllah selepas ini akan lebih banyak show Khai di Pantai Timur ya.



Kakigosip difahamkan, Jajahan Gegar kawasan di Pantai Timur (Terengganu,Kelantan dan Pahang) yang bermula Jumaat (2 September) sehingga Ahad (4 September), siri Jajahan Gegar telah berlangsung di lapan lokasi terpilih di sekitar Kuantan.

Jika lokasi Jajahan Gegar sebelum ini menyaksikan seorang penyanyi yang sentiasa bertopeng putih dan menjadi kegilaan anak gadis iaitu Encik Mimpi turut menyertai siri Jajahan Gegar di Kelantan, kali ini penyanyi muda yang sangat popular melalui Smule iaitu Khai Bahar merupakan artis jemputan bagi siri Jajahan Gegar di Pahang.

Seramai 6,000 orang telah membanjiri semua lokasi Jajahan Gegar iaitu sebanyak 24 lokasi tawanan yang bermula di Terengganu, Kelantan dan Pahang. Ternyata aktiviti santai sebegini sememangnya mendapat sambutan yang memberangsangkan di kalangan pendengar THR Gegar. Kelihatan orang ramai juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama artis undangan dan penyampai THR Gegar yang ada disetiap lokasi.

Tujuan utama Jajahan Gegar ini dianjurkan adalah untuk mendekatkan lagi jiwa keluarga THR Gegar bersama peminat di Terengganu sambil berhibur bersama penyampai yang ada dan artis undangan. Pendengar setia THR Gegar sekeluarga telah memenuhi setiap lokasi jajahan. Turut menjadi perhatian adalah telatah orang ramai yang berebut untuk memenangi hadiah-hadiah barangan THR Gega.   Jajahan Gegar yang dibawakan oleh Deeja Cosmetic telah  menyaksikan penyampai Ceria Pagi Shah dan Zura berkolaberasi dengan artis jemputan, busking di lokasi-lokasi terpilih.
Powered by Blogger.