F Perang data antara telco: Siapa paling bernilai? | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Perang data antara telco: Siapa paling bernilai?

BERDASARKAN kajian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada 2014, mendapati 71.4 peratus pengguna telefon di negara ini mengakui diri mereka obses dengan gajet tersebut.

Keobsesan ini sudah pasti memerlukan jumlah data yang banyak. Pada tahun 2016, perang data antara telco amat sengit.

Tidak dinafi kan semakin lama pelan yang ditawarkan semakin murah dengan lebih banyak data diberikan.

Di antara empat telco utama iaitu Celcom, Maxis, Digi dan U Mobile, Sinar Harian mendapati pelan pascabayar U Mobile adalah paling murah dengan memberi nilai terbaik kepada pengguna iaitu pelan Hero P70 U Mobile, Pelan ini memberi 7gb data dengan panggilan tanpa had hanya dengan RM70.

Di tempat kedua, Digi pula menyediakan pelan Smartplan 75 dengan jumlah data yang sama banyak iaitu 7gb serta panggilan tanpa had dengan RM75. Celcom turut menyertai persaingan ini, dengan pelan FiRST Gold yang diperbaharui. Bayaran RM80 sebulan dan pengguna menerima panggilan dan SMS tanpa had, serta 10gb data.

Maxis mungkin yang pertama menawarkan pelan panggilan tanpa had, tetapi ia juga adalah pelan paling mahal untuk dimiliki. Bermula dengan MaxisONE 98, pengguna perlu membayar RM98 untuk panggilan dan SMS tanpa had, dan hanya 5gb data sebulan.

Selain harga yang murah, berapa perkara lain harus diambil kira oleh pengguna. Paling penting adalah liputan rangkaian, sama ada 4G ataupun 3G. Kualiti rangkaian juga boleh menjadi ukuran, sambungan data yang tidak terhenti-henti danpanggilan suara yang jelas.

Selain ini, sokongan pelanggan terbaik yang memberi kemudahan terhadap sebarang kesulitan yang dihadapi, bolehmemberikan pengguna lebih ketenangan.

Tawaran tambahan adalah satu faktor yang banyak ditekankan oleh syarikat telekomunikasi sendiri. Selain data, panggilan dan SMS, penggunaan perlu melihat apakah servis lain yang boleh mereka gunakan, secara percuma atau dengan bayaran minima.

Celcom memberikan Yonder, strim muzik percuma untuk penggunanya. Digi pula, baru mengumumkan strim video ifl ix, percuma selama 12 bulan. Maxis pula, menawarkan Spotify, strim muzik paling popular tetapi untuk pengguna MaxisONE 128 ke atas sahaja.

U Mobile mungkin paling agresif memberi nilai tambah kepada penggunanya. Selain strim muzik percuma melalui KKBox, pengguna boleh menonton YouTube dan Tonton tanpa caj data, dari jam 2AM sehingga 10AM. Malah, perayauan data 50mb percuma kepada negara terpilih turut menjadi tarikan utama.
Powered by Blogger.