F Penjara Dua Tahun Sentuh Payudara Adik Perempuan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Penjara Dua Tahun Sentuh Payudara Adik Perempuan

Seorang abang sepatutnya melindungi adik perempuannya daripada sebarang ancaman, namun lain pula jadinya.

Seorang lelaki warga Singapura berusia 22 tahun mengaku mencabul kehormatan adik perempuannya, lapor The New Paper, semalam.

Tertuduh, didapati bersalah atas tiga pertuduhan mencabul kehormatan dua adik perempuannya, masing-masing berusia 15 dan 19 dalam dua kejadian berasingan.

Menurut portal tersebut, mahkamah diberitahu bahawa tertuduh mencabul adik perempuannya berusia 15 tahun pada pagi 16 Julai lalu, manakala seorang lagi pada dua tahun lalu yang mana ketika itu mangsa berusia 17 tahun.

Dalam kejadian di rumah mereka di bahagian utara-timur Singapura, mangsa (15) yang tidak didedahkan identiti memakai baju-T dan berseluar pendek sedang tidur di bilik tidur sebelum tertuduh datang dan menyentuh payudara kanan mangsa.

Mangsa yang menyedari seseorang menyentuh payudaranya tersedar dari tidur sebelum melihat tertuduh berdiri di depannya dalam keadaan bogel. Mangsa kemudian meminta tertuduh beredar dari bilik tidurnya, sebelum tertuduh memohon maaf atas perbuatan tersebut.

Tertuduh mengaku menyentuh payudara mangsa menggunakan tangan kiri kerana berasa terangsang melihat adiknya sedang tidur, lapor portal tersebut lagi.

Memetik dokumen mahkamah, beberapa hari sebelum mangsa dicabul, tertuduh yang sedang mabuk dikatakan pergi ke dapur dalam keadaan bogel, sebelum meminta mangsa menyentuhnya. Namun, mangsa bertindak memarahi abangnya dan mengarahkan dia memakai pakaian semula.

Sementara insiden mencabul kehormatan seorang lagi adik perempuannya (17) terbongkar selepas siasatan dijalankan, yang mana tertuduh juga melakukan perkara sama iaitu menyentuh buah dada mangsa.

Tertuduh, yang tidak diwakili peguam memberitahu mahkamah bahawa dia menyesal atas perbuatannya dan bersedia menerima hukuman yang diputuskan.

Tertuduh akan menjalani hukuman pada 3 Oktober ini. Hukuman maksimun atas kesalahan menyerang dan menggunakan kekerasan dengan niat untuk mencabul adalah penjara dua tahun, denda dan sebatan.
Powered by Blogger.