F Penduduk Venice halang kapal peranginan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Penduduk Venice halang kapal peranginan

Beratus-ratus penduduk Venice mengadakan tunjuk perasaan dan menggunakan bot untuk menghalang kemasukan kapal peranginan dan pelancong ke Venice.

Menurut laporan Dailymail, kemasukan kapal peranginan dan pelancong yang tidak terkawal di bandar tersebut telah menimbulkan kerosakan alam sekitar.

Penunjuk perasaan membawa sepanduk dan suar (flare) sambil mendayung bot dalam usaha menghalang beberapa kapal peranginan yang cuba memasuki Venice.

Kira-kira 30,000 kapal peranginan dianggarkan berlabuh di Venice ketika musim percutian.

Awal tahun ini, Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) meramalkan Venice akan dimasukkan ke dalam senarai bandar warisan yang terancam.

Senarai tersebut yang diuruskan oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Powered by Blogger.