Berita Terkini
recent

Peminat Tampil Minta Maaf Sebar Gambar Kai (EXO) & Krystal


SEORANG peminat tampil memohon maaf kepada Kai selepas dia bertindak mendedahkan foto penyanyi kumpulan EXO itu dan teman wanitanya, Krystal ketika pasangan itu sedang berada di sebuah kafe baru-baru ini.

Soompi melaporkan imej yang dimuat naik di Twitter itu diambil daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan mengakui bertindak demikian kerana sedar ia akan menjadi viral.

"Saya memohon maaf kepada Kai dan peminatnya kerana telah menyebabkan hati mereka terluka dengan tindakan saya mendedahkan kehidupan peribadinya tanpa kebenaran.

"Tindakan saya itu juga salah dan melanggar undang-undang. Apa yang saya lakukan telah menyebabkan reputasi Kai dan Krystal terjejas.


"Saya sebar gambar berkenaan kerana sedar ia akan menjadi viral. Saya malu dengan tindakan tersebut," katanya.

Katanya lagi, dia tidak menyangka tindakannya itu dapat dikesan oleh peminat penyanyi itu dan mengakui berasa takut apabila dia dikecam oleh pengikut setia artis berkenaan.

"Apabila menyedari gambar tersebut mula menjadi viral saya menjadi takut dan padam gambar berkenaan tetapi segalanya sudah terlambat," katanya dalam permohonan maaf itu lagi.

Bagaimanapun sekumpulan peminat ingin mengambil tindakan terhadap peminat berkenaan dan telah pun berjumpa dengan peguam berhubung kes itu.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.