F Pelakon Ditahan, Disyaki Miliki Benih Ganja | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Pelakon Ditahan, Disyaki Miliki Benih Ganja

Polis mendapatkan perintah reman ke atas seorang pelakon dan dua yang lain sehingga 30 September ini kerana memiliki benih ganja dan senjata berbahaya.

Pelakon berusia 29 tahun itu ditahan bersama seorang anak kepada individu bergelar Datuk, dan seorang pekerja pengurusan teknologi maklumat warganegara Fillipina di sebuah banglo di Jalan Ampang kira-kira 12.40 tengah hari Ahad.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, ketika serbuan dibuat, pasukan risikan telah merampas tiga pokok ganja yang ditanam dalam pasu dan ganja yang sudah di proses dalam bekas kaca.

"Pemeriksaan lanjut turut menemui tujuh bilah pedang samurai, 21 pisau, tiga buku lima, empat pistol angin, dua laras senapang angin, sebilah kapak dan sehelai ves Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya.

Menurut Amar, polis percaya ganja yang ditanam adalah untuk kegunaan sendiri namun tidak menolak kemungkinan suspek menyamar sebagai polis berikutan penemuan ves dan lampu 'beacon' polis ketika serbuan dilakukan.

Keseluruhan nilai barangan rampasan terbabit dianggarkan bernilai RM25,000.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6B AKta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 39B ADB 1952, Seksyen 4 Akta Senjatapi 1960, Seksyen 7(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 (Akta 357).
Powered by Blogger.