F Pekak Dapat Dua Pengiktirafan di Rusia | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Pekak Dapat Dua Pengiktirafan di Rusia

Filem Pekak terbitan Grand Brilliance dan Lightbulb Pictures terus mencipta kejayaan apabila merangkul dua anugerah utama pada International Motivational Film Festival - Bridge of Arts 2016 (IMF) di Rusia, baru-baru ini.



Anugerah terbabit diraih menerusi lakonan Zahiril Adzim dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik, manakala skrip tulisan oleh Mohd Khairul Azri Md Noor dinobatkan sebagai Skrip Terbaik pada festival yang berlangsung di Rostov-on-Don pada 24 hingga 28 Ogos yang lalu.

Terdahulu, filem arahan Mohd Khairul itu pernah dicalonkan pada World Premiere Film Festival Philippines, tahun lalu manakala pada Mei tahun ini, Pekak dipilih secara rasmi oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) untuk tayangan di Marche du Film 2016 iaitu acara pasaran filem terbesar di Cannes, Perancis.

Pekak akan menemui penonton di seluruh pawagam tanah air mulai esok mengisahkan seorang pemuda cacat pendengaran bernama Uda yang terjebak dengan jenayah pengedaran dadah.

Dia melakukan pekerjaan itu bagi menampung kos pembedahan memulihkan pendengarannya. Takdir menemukan Uda dengan Dara, seorang pelajar sekolah bermasalah yang ingin melarikan diri daripada kongkongan bapanya.

Selain Zahiril, filem ini turut dilakonkan oleh Sharifah Amani, Amerul Affendi, Sharifah Sakinah, Iedil Putra dan ramai lagi.

Powered by Blogger.