F Peguam: Agong ada kuasa singkir PM | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Peguam: Agong ada kuasa singkir PM

Peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan menyatakan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menyingkir perdana menteri.

Peguam, Haniff Katri Abdulla berkata, peruntukan itu sekali gus menafikan dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengatakan perkara itu sebaliknya.

“Perlembagaan Persekutuan dengan dengan jelas menyatakan ‘kuasa melantik termasuk kuasa untuk menolak’. Bila ada yang mempersoalkan perkara ini, jawapannya ada tertulis di dalam Perlembagaan.

“Menerusi Perkara 30 (2) (a) menyatakan dalam melantik perdana menteri, Agong boleh bertindak menurut budi bicara. Tetapi dalam soal ini ia tidak menyentuh kuasa memecat perdana menteri,” katanya dalam forum Kesetiaan kepada Raja, Keluhuran Perlembagaan, kelmarin.

Baru-baru ini, Najib dalam satu kenyataan berkata, Yang di-Pertuang Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah telah menjelaskan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Deklarasi Rakyat yang dibuat tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Selain itu, baginda juga bertitah bahawa baginda tidak boleh mencampuri usaha yang dilakukan Bersatu kerana sebarang tindakan seharusnya dibuat menerusi Parlimen atau pilihan raya.

Dalam pada itu, Haniff turut menegaskan pihak-pihak tertentu tidak seharusnya mempolitikkan perlembagaan atau undang-undang negara.

“Tindakan seperti ini hanya akan menghilangkan kedaulatan Perlembagaan dan undang-undang negara,” jelasnya.

Sementara itu, bekas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Aziz Bari berkata, Najib bukanlah individu yang tepat untuk mewakili pihak Yang di-Pertuan Agong mengenai pendirian baginda terhadap Deklarasi Rakyat.

“Di kebanyakan negara yang mengamalkan raja berperlembagaan akan ada saluran lebih tepat untuk bercakap bagi pihak istana dan bukannya menerusi perdana menteri.

“Apatah lagi dalam situasi ini yang melibatkan kedudukan perdana menteri itu sendiri. Jadi beliau (Najib) bukan individu yang tepat untuk berbuat demikian,” jelasnya.
Powered by Blogger.