F Pegawai kerajaan dipecat gara-gara gambar viral | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Pegawai kerajaan dipecat gara-gara gambar viral

Seorang pegawai kerajaan dibuang kerja ekoran sekeping gambarnya diangkat oleh dua orang lelaki ketika melalui kawasan berlumpur viral dan mengundang kecaman.

Bao Xuwei, biro rasmi pendidikan di Taishun, daerah Zhenjiang, dirakam diangkat ketika melalui kawasan berlumpur selepas  Taufan Meranti.

Ekoran penyebaran gambar tersebut yang viral di laman sosial, biro pendidikan tempatan mengumumkan mereka menjalankan siasatan terhadap insiden berkenaan dan pegawai berkenaan telah dipecat daripada jawatannya.

Menurut ECN, Bao mendakwa tindakan disabitkan oleh mahkamah pendapat awam adalah sesuatu yang salah.

Bao berkata, pada hari berkenaan dia terus pergi ke kawasan yang dilanda bencana selepas menghadiri mesyuarat dan tidak mempunyai masa untuk menukar kasut kepada kasut yang bersesuaian.

Semasa dia cuba mengelakkan dari terpijak lumpur, dua pekerja insurans mendekatinya dan mengangkatnya melalui kawasan tersebut dan ianya hanya untuk beberapa saat.

Sementara itu, pekerja berkenaan kemudian mengatakan mereka turut melakukan perkara itu kepada beberapa individu lain.

Dalam pada itu, jurugambar yang mengambil gambar berkenaan memohon maaf di atas kontroversi yang timbul dan berkata dia hanya mahu mengambil foto bagi menunjukkan sikap saling tolong-menolong.
Powered by Blogger.