F Patung Babi Ed Sheeran Dilelong Lebih RM28,000 | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Patung Babi Ed Sheeran Dilelong Lebih RM28,000

Patung berbentuk khinzir yang disimbolkan sebagai penyanyi dan penulis lirik, Ed Sheeran dilaporkan berjaya dilelong dengan harga £6,200 (kira-kira RM28,790) di satu acara lelongan, baru-baru ini.

Laporan BBC menyebut, patung yang diberi nama 'Ed Sheer-Ham' itu merupakan antara salah satu dari 39 patung yang dilelong, bertempat di bandar Ipswich, England. Acara lelongan itu berlangsung sempena festival ''Pigs Gone Trail' yang diadakan setiap tahun.

Tahun ini festival tersebut mengambil simbol 'khinzir' sebagai tema seni yang dipamerkan manakala tahun lalu, gorila menjadi tema festival.

Sementara itu, Sheeran yang menyokong festival tersebut berkata, beliau mengangumi rekaan atung itu yang mirip dengan dirinya.

"Sejak awal, saya berharap agar patung babi itu boleh dijual dengan harga yang lumayan. Begitu juga dengan 40 patung babi lain agar turut berjaya dilelong secara besar-besaran," kata pelantun lagu hits Thinking Out Loud itu.

Patung babi Ed dihasilkan oleh seniman Norfolk, Martin J.Wall, yang dipertanggungjawabkan oleh pihak penganjur untuk mengahasilkannya sebagai projek amal.

Selain Ed Sheeran, turut direka patung babi mendiang David Bowie yang berjaya dilelong dengan harga £2,600 (kira-kira RM12,073).

Namun, karya tertinggi yang terjual adalah patung babi yang diperbuat daripada seramik yang diberi nama 'Ipswich Blue' yang terjual dengan harga £6,500 (kira-kira RM30,183).
Powered by Blogger.