F Nuha Dedah Pernah Ditipu, Kerugian RM30,000 | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Nuha Dedah Pernah Ditipu, Kerugian RM30,000

Penyanyi Syamila Nuhair Zainordi atau Nuha 23, mendedahkan dia pernah ditipu sehingga mengalami kerugian hampir RM30,000 oleh pihak yang kononnya ingin menguruskan perjalanan karier nyanyiannya.

Memetik laporan Utusan online, bintang kelahiran program realiti Akademi Fantasia 2014 (AF2014) ini berkata, pihak berkenaan menabur pelbagai janji terhadapnya namun akhirnya janji tinggal janji.

"Pada awal tahun ini, ada pihak yang ingin menguruskan perjalanan karier nyanyian saya dan mereka menjanjikan banyak benda antaranya rakaman lagu baharu, rangka promosi dan persembahan pentas.

"Tetapi itu semua tinggal janji. Saya tidak mendapat bayaran persembahan yang telah saya buat dan tertunggu-tunggu masa untuk merakam lagu baharu.

"Saya amat kecewa apabila sedar saya telah ditipu. Saya malu dengan keluarga terutamanya ibu bapa saya yang sentiasa bertanyakan perkembangan kerjaya saya.

“Bagaimanapun, mereka sentiasa menyokong dan ia memberi semangat kepada saya untuk terus berjuang mencapai cita-cita saya. Kini, saya tidak mahu lagi fikir tentang peristiwa itu dan ingin fokus kepada peluang yang saya ada untuk menjadi seorang penyanyi,” ujarnya.

Serik dengan pengalaman ditipu, Nuha menegaskan dirinya kini tidak mudah untuk memberikan kepercayaan kepada sesiapa sahaja. Dia kini sedang menyiapkan single terbaharu berjudul Kau Menjauh, yang sebelum ini tertangguh.
Powered by Blogger.