F Niena Kesal Difitnah Jalin Hubungan Sulit Dengan Raja Afiq | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Niena Kesal Difitnah Jalin Hubungan Sulit Dengan Raja Afiq

Pelakon baharu, Niena Baharun, kesal apabila ada pihak sanggup menyamar sebagai dirinya dalam laman sembang di aplikasi sosial grup WhatsApps dan menyebarkan fitnah dia mempunyai hubungan sulit dengan aktor gandingannya dalam drama bersiri Sayangku Kapten Mukhriz, Raja Afiq.

Memetik laporan mStar online, Niena atau nama sebenarnya Amaniena Baharun, 23, berkata, dia tidak pernah menyertai mana-mana grup sembang seperti paparan skrin yang tersebar melainkan grup WhatsApp yang diwujudkan berkaitan urusan kerja semata-mata.

"Saya tidak menjangka perkara ini akan berlaku, saya tidak pernah menyertai mana-mana grup WhatsApp bersama peminat-pemiant seperti yang tersebar itu melainkan grup berkaitan kerja yang dibuat oleh pihak produksi.

"Saya harap orang yang cuba fitnah saya itu diberi hidayah dengan apa yang telah dilakukan itu," ujarnya mengulas tentang paparan skrin grup WhatsApp menjadi viral menunjukkan perbualan kononnya dia berbual bersama peminat-peminat dan bercerita tentang hubungan istimewa dengan Raja Afiq.

Bagaimanapun, aktres ini berkata, dia enggan menuduh mana-mana pihak yang menyebarkan fitnah berkenaan dengan mempunyai tujuan tertentu.

Katanya, dia juga ada berbincang dengan Raja Afiq tentang perkata tersebut dan menganggap ia sebagai salah satu cabaran sebagai pelakon.
Powered by Blogger.