F Niena Baharun Nafi Bercinta Dengan Muslim Ahmad | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Niena Baharun Nafi Bercinta Dengan Muslim Ahmad



Pelakon baharu iaitu Niena Baharun menafikan khabar angin kononnya dia berkawan rapat dengan pemain bola sepak kebangsaan iaitu Mohd Muslim Ahmad.

Niena atau nama sebenarnya Amaniena Baharun, 23, berkata, dia hanya mengenali lelaki tersebut sebagai seorang kenalan sahaja.

"Itu tidak benar, saya tidak pernah berkawan rapat dengan dia (Muslim), apatah lagi bercinta.

"Tapi saya akui mengenali dia menerusi kawan atas kawan, tidak lebih daripada itu," ujarnya.

Niena ditemui pada majlis tayangan akhir drama Sayangku Kapten Mukhriz, baru-baru ini.

Sayangku Kapten Mukhriz yang bersiaran di slot Akasia TV3 tamat siarannya pada Selasa lalu.


Dalam pada itu, Niena mengakui sedang berkawan rapat dengan seorang ahli perniagaan.

Bagaimanapun dia tidak selesa untuk menghebohkan berita tentang hubungan tersebut berikutan kerjaya lakonan yang baharu sahaja bermula.

"Ya saya ada berkawan dengan seorang lelaki. Tapi kalau boleh saya tidak mahu mendedahkan identitinya dan tidak sedia untuk berkongsi tentang hal peribadi itu," ujarnya.

Sementara itu, ditanya tentang kerjaya lakonan, Niena berkata, dia bersyukur semakin mendapat tempat dalam industri seni selepas drama Sayangku Kapten Mukhriz mendapat sambutan.

Tambah Niena, dia akan terus berusaha untuk memberi lakonan yang lebih baik dan tidak mengecewakan peminat-peminatnya.

"Alhamdulillah, segala penat lelah berhasil, dan sambutan yang diluar jangkaan saya
Powered by Blogger.