F Nicole Scherzinger Tak Percayakan Botoks | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Nicole Scherzinger Tak Percayakan Botoks

PENYANYI Nicole Scherzinger memberitahu dia tidak akan memilih rawatan botoks seperti dilakukan kebanyakan selebriti hanya untuk mengekalkan kecantikannya.

Sebaliknya kata Nicole, dia percaya dengan penjagaan diri yang betul termasuk senaman dan diet kerana ia mampu melambatkan proses penuaan secara semula jadi.

"Botoks bukan untuk saya kerana paling penting sebagai wanita kita kena bijak menjaga kesihatan diri untuk nampak kekal muda," katanya seperti dilaporkan Female First.

Kata bekas anggota kumpulan Pussycat Dolls itu, selain diet dan senaman dia sentiasa memastikan mengambil air secukupnya selain mendapat tidur yang sempurna.


"Saya akan pastikan mendapat tidur secukupnya sesibuk mana pun jadual kerja saya selain minum banyak air mineral.

"Tiada apa yang istimewa amalan diet saya cuma disiplin perlu tinggi," katanya.
Powered by Blogger.