F Nicholas Saputra Tiada Kelab Peminat | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Nicholas Saputra Tiada Kelab Peminat


Hari ini team Kakigosip telah berkesempatan menemubual pelakon terkenal Indonesia, Nicholas Saputra sempena promosi filem terbarunya Interchange.

Kami juga telah memberi peluang kepada follower Kakigosip di FB dan IG  untuk bertanyakan beberapa soalan kepada Nicholas.  Antara soalan yang menarik adalah berkenaan kelab peminat Nicholas Saputra di Malaysia.

Jawapan Nicholas, dia tidak mempunyai kelab peminat kerana baginya untuk mengadakan kelab peminat memerlukan komitmen daripada artis.  Selain itu, Nicholas juga tidak mahu berlaku sebarang salah guna seperti mencari keuntungan melalui kelab tersebut lalu tidak terkawal.

Jadi Nicholas selesa tanpa kelab peminat.  

Pun begitu kepada peminat Nicholas jangan merajuk kerana dia juga ada Instagram, jadi bolehlah lihat gambar-gambar menarik yang diambilnya di situ. walaupun bukan gambar dirinya tetapi gambar-gambar pemandangan yang diambil sangat mengagumkan. Tak percaya? Cubalah tengok sendiri...

Dan jika betul-betul rindukan 'Rangga' ini, boleh lihat filem terbaru lakonannya Interchange di pawagam 1 Disember ini.  



Sinopsis Interchange:

Adam (Iedil Putra), seorang jurufoto forensik yang kerjayanya setiap hari adalah melihat tubuh-tubuh yang dikerat menerusi lensa kameranya.  Dia menyertai rakan setugasnya, Detektif Man (Shaheizy Sam) yang sedang melakukan siasatan terhadap beberapa siri pembunuhan mengerikan yang berlaku di Kuala Lumpur.

Sewaktu sedang menyiasat satu kes pembunuhan mengerikan, Adam berkenalan dengan seorang perempuan misteri, Iva (Prisia Nasution) yang merupakan jiran barunya.Melalui persahabatannya dengan Iva, Adam mula mendapatkan kehidupannya semula dan mereka jatuh cinta.  Iva mendedahkan yang dirinya merupakan seorang bomoh berasal dari Borneo yang sedang mencari jati diri suku kaumnya yang telah terperangkap dalam kaca negatif selama 100 tahun. Dirinya ditemani oleh seekor semangat haiwan, Belian (Nicholas Saputra).

Sedekad yang lalu, seorang etnografi dari Eropah telah mengambil gambar suku kaumnya sehingga telah memerangkap jiwa mereka ke dalam plat kaca negatif.Sejak hari itu, Iva telah mengembara ke seluruh Asia untuk berusaha mengembalikan jiwanya supaya dia boleh mati dengan tenang.  Belian, semangat suku kaumnya merupa bentuk sebagai manusia untuk memastikan dia tidak menyeleweng daripada tugasnya.Adam mahu membantu Iva mencapai usahanya untuk mati dengan tenang.  Untuk berbuat demikian, Adam perlu melangkah ke dalam dunia Iva yang penuh dengan pembunuhan, keghairahan dan ilmu hitam.
Powered by Blogger.