F Nazim Othman kongsi tarikh nikah | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Nazim Othman kongsi tarikh nikah


Akhirnya pelakon Nazim Othman memberitahu, dia dan bakal isteri iaitu Bella Dally akan melangsungkan majlis pernikahan mereka pada 10 September depan.

Majlis pernikahan dan majlis resepsi mereka itu nanti akan diadakan pada hari yang sama bertempat di sebuah hotel Kota Kinabalu, Sabah.



Menurut Nazim, 32, pemilihan tarikh tersebut dibuat kerana masing-masing lahir pada bulan yang sama.

Seterusnya, pada majlis menyambut menantu pula akan dijadualkan pada 17 September, di Johor.



Kakigosip juga difahamkan, Nazim dan Bella memilih konsep majlis yang ringkas dan hanya menjemput 1000 orang tetamu.

Menyentuh set busana mereka pula, Nazim akan menggayakan  persalinan hasil rekaan Rizman Ruzaini manakala Bella pula akan mengenakan rekaan Tengku Syahmi bagi majlis nikah, Nurita Harith untuk resepsi di Sabah dan Rizman Ruzaini untuk majlis di Johor.

Tahniah Kakigosip ucapkan, semoga segala perancangan berjalan dengan lancar.
Powered by Blogger.