F Nazim Othman, Bella Dally sah bergelar suami isteri | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Nazim Othman, Bella Dally sah bergelar suami isteri

PASANGAN Nazim Othman dan Bella Dally sah bergelar suami isteri apabila selamat diijabkabulkan pukul 9.53 pagi tadi di Hotel Promenade, Kota Kinabalu, Sabah.

Dengan sekali lafaz, Nabilah Ali Dally, 25 tahun sah bergelar isteri kepada Nushrul Alif Othman, 32 tahun.

Majlis berlangsung secara sederhana itu diadakan secara tertutup dengan kehadiran ahli keluarga, rakan terdekat serta wakil media.

Pihak pengantin perempuan menerima mas kahwin sebanyak RM300 serta berbalas hantaran daripada  pihak pengantin lelaki iaitu tujuh dulang daripada pihak Nazim dan sembilan daripada pihak Bella.

Majlis Resepsi  bagi pihak perempuan berlangsung pada tengah hari ini manakala bagi pihak lelaki pula pada Sabtu hadapan di Hotel Berjaya Waterfront, Johor Bahru.

Nazim dan Bella mula berkawan rapat sejak tahun 2013 dan telah mengikat tali pertunangan pada 14 November lalu.
Powered by Blogger.