F Nassier Wahab Penerima Tokoh Sempena Maal Hijrah | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Nassier Wahab Penerima Tokoh Sempena Maal Hijrah




Tahniah kepada penyanyi hebat Nassier Wahab yang telah dipilih sebagai salah seorang penerima anugerah tokoh sempena perayaan sambutan Awal Muharram (Maal Hijrah) 1438/2016 Anjuran Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang).

Ini catatan Nassier di Facebooknya;

Alhamdulillah dengan izin Allah pada 2 Oktober 2016 bersamaan 1 Muharam 1438, aku telah dipilih antara penerima Tokoh sempena sambutan Awal Muharam Maal Hijrah Peringkat Negeri Pulau Pinang...syukur pada Allah...semoga anugerah ini memberi inspirasi semangat dan membuka pintu rezeki yang luas buat diriku..

Menurut surat yang dilampirkan pemilihan Nassier adalah kerana beliau banyak berjasa, menyumbang tenaga bakti demi mengharumkan nama serta meningkatkan mutu hidup masyarakat Melayu Pulau Pinang.



Ditanyakan kepada Nassier sendiri mengenai pemilihan dirinya sebagai salah seorang penerima tokoh.

 "Alhamdulilah.  Abang Nassier sendiri pun tak pernah terfikir akan dapat anugerah Maal Hijrah.  Ini kerana selama ini perjuangan Abang Nassier dalam dunia hiburan adalah di bidang pop.

"Pada mulanya Abang Nassier tak perasan yang anugerah ini adalah bersempena Tokoh Maal Hijrah.  Ingatkan anugerah biasa sahaja namun selepas seminggu berlalu baru Abang Nassier perasan yang Abang Nassier dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah di Pulau Pinang.  Terkejut juga dan terfikir kembali apa sumbangan Abang Nassier selama ini.  Abang Nassier hanyalah penyanyi biasa dan tidak ada apa apa sumbangan besar yang pernah diberikan.

"Apabila Abang Nassier beritahu pada keluarga dan rakan-rakan rapat, mereka yang nampaknya lebih teruja dari Abang Nassier sendir.  Kemudian barulah Abang Nassier bersyukur yang Abang Nassier sungguh bertuh dipilih pada tahun ini.

"Tanggungjawab selepas dianugerahkan ialah Abang Nassier perlu memastikan sebagai anak seni sentiasa di landasan yang betul dan menjadi contoh terbaik kepada semua lapisan masyarakat," jelasnya jujur kepada Kakigosip.

Selain lagu-lagu pop, Nassier juga pernah merakamkan album ketuhanan iaitu Pedoman 1997, Takkan Berpaling 2013, Lukisan Cinta 2014, Album Realigi 2015 dan pernah merakamkan lagu duet bersama kumpulan nasyid Far East Melakar Cinta Di Pintu Syurga pada tahun 2006.

Mungkin ada sesuatu yang kita sendiri tidak nampak tetapi orang lain nampak apa yang kita lakukan dengan tulus ikhlas.  Nassier sejak dahulu lagi imejnya bersih dan tidak terbabit dengan sebarang kontroversi.

Tahniah Nassier Wahab di atas penganugerahan ini.
Powered by Blogger.