Berita Terkini
recent

Nadiya Nisaa Harap Terus Dikuatkan Iman, Istiqamah

Pelakon filem Terbaik Dari Langit, Nadiya Nisaa mengesahkan dirinya sudah bertudung sejak Ramadan lalu ketika masih mengandungkan bayi keduanya.

Memetik laporan Utusan online, Nadiya, 31, mengakui sudah lama menyimpan hasrat untuk berbuat demikian, namun terpaksa akur dengan kontrak kerjanya.

"Jadi, Ramadan lalu semasa masih mengandungkan bayi kedua dan berpantang, saya mengambil keputusan untuk berehat di rumah. Ketika itulah saya perlahan-lahan cuba mengenakan tudung.

"Alhamdulillah, selepas tiga bulan berlalu, saya semakin selesa dengan perubahan diri dan berdoa agar terus dikuatkan iman untuk istiqamah," katanya.

Bagaimanapun pada 31 Julai lalu, bayi yang dikandungnya disahkan meninggal dunia di dalam perut.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.