F Nad Zainal Berpantang Di Rumah Sendiri Selepas Bersalin | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Nad Zainal Berpantang Di Rumah Sendiri Selepas Bersalin


Figura bertubuh genit dan comel iaitu Nad Zainal ketika ditemui Kakigosip semalam, wajahnya kini bertambah berseri-seri, mana tidaknya ‘baby bump’ pun dah besar. Nampak makin comel.

Nad Zainal dijangka bersalin pada pertengahan bulan Oktober depan dan katanya segala persiapan sudah disediakan.

“Menurut doktor sepatutnya bersalin pada 22 Oktober depan, tapi bila lihat perut yang sudah besar ni, doktor nasihatkan bersiap sedia.

“Saya hanya berharap dapat bersalin secara normal dan anak sihat.  Saya akan bersalin di Hospital Tunku Azizah, Sri Rampai nanti,” jelas Nad Zainal yang bakal menimang anak lelaki.

Bertuahnya Nad Zainal apabila selepas bersalin nanti, dia akan menjalani proses berpantang di rumahnya dengan dijaga oleh kedua belah pihak ibu bapa. Wah ala tuan puterilah!

“Fasal berpantang ini saya harap kedua-dua keluarga dapat datang ke rumah saya sebab rumah mereka ada kucing. Jadi, saya harap agar mereka yang datang, lagi pun rumah kedua keluarga saya ini dekat sahaja dengan saya,” katanya.

Kakigosip ucapkan semoga Nad Zainal selamat menjalin proses bersalin dan berpantang.
Powered by Blogger.