F Muzik Video Anuar Zain Cecah Hampir Setengah Juta Penonton Sebelum Genap 7 Hari. | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Muzik Video Anuar Zain Cecah Hampir Setengah Juta Penonton Sebelum Genap 7 Hari.


Wow! Belum pun genap tujuh hari disiarkan muzik video lagu terbaru Anuar Zain iaitu Andainya Takdir menerusi saluran Vevo YouTube. Kini video tersebut telah pun ditonton sebanyak 424 ribu orang.  Hampir setengah juta tu.

Ekoran itu Kakigosip telah mendapatkan suara emas lagu itu bagi bertanyakan soalan perihal muzik video. Kakigosip difahamkan muzik video tersebut ada sambungannya. Bagi mereka yang sudah menonton muzik video lagu tu pastinya tak sabar menantikan sambungan seterusnya.

"Alhamdulillah mendapat perhatian dan sambutan daripada peminat dan juga pencinta muzik tanahair. Sangat bersyukur dan bahagia kerana dilimpahi dengan rezeki ini. Alhamdulillah.

"Itu bermakna kita berjaya mencapai apa yang kita ingin sampaikan dan ceritakan kepada penonton muzik video tersebut. Alhamdulillah team saya dan juga pengarah muzik video dan teamnya telah melakukan kerja yang begitu baik sekali. Dan bersyukur kerana berpeluang membahagiakan penonton dan mereka boleh menjiwai penceritaan tersebut.

"Buat masa ini kami ingin mempromosikan lagi 'Andainya Takdir' bersama muzik video ini dan untuk sambungannya pula akan kami uarkan nanti dan lagunya juga akan diberitahu apabila sampai masanya. Kami berdoa agar ia berjaya melangkaui 1 juta penonton.

"Saya telah menunggu selama lebih kurang lima tahun untuk melahirkan album ini dan semestinya saya tidak sabar untuk bertemu dengan peminat semua utk memanjangkan silaturrahim dan menghiburkan serta berjumpa dengan peminat yang sekian lama menantikan album ini.

"Saya ingin bertemu dengan anda di Anuar Zain Album Tour 2016. Utk maklumat lanjut mengenai tour ini, silalah layari facebook dan instagram anuarzainnetwork," jelasnya lagi.

Ya pastinya ramai yang tertunggu-tunggu tu.
Powered by Blogger.