F Munafik Filem Terbaik Nasional & Jagat Filem Terbaik Msia FFM28 | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Munafik Filem Terbaik Nasional & Jagat Filem Terbaik Msia FFM28

Filem Munafik arahan Syamsul Yusof diangkat sebagai Filem Terbaik Nasional di Festival Filem Malaysia ke-28 (FFM28) yang diadakan di Planery Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada malam Sabtu.

Kemenangan itu menewaskan saingan terdekatnya iaitu filem Mat Moto dan membolehkan Munafik membawa pulang trofi FFM28.

Selain itu, Munafik turut meraih trofi Pengarah Filem Terbaik, Penyunting Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik yang dimenangi Nabila Huda.

Sebelum itu, pada Malam Perasmian yang berlangsung pada Khamis lalu, Munafik turut merangkul anugerah Penataan Bunyi Terbaik.


Manakala, filem Tamil Jagat meraih anugerah Filem Terbaik Malaysia menewaskan sembilan filem lain termasuk Ola Bola, Munafik dan 'The Kid From The Big Apple'.

Jagat turut memenangi Pengarah Baharu Terbaik menerusi Shanjhey Kumar Perumal.

Sementara itu, Mat Moto pula berjaya merangkul sebanyak tiga anugerah iaitu Pelakon Lelaki Terbaik yang dimenangi oleh Pekin Ibrahim, Cerita Asal Terbaik dan Pelakon Baharu Wanita Terbaik menerusi Felisha Crossley.

Para pemenang menerima sebuah trofi yang terdapat kepingan emas 916.

FFM28 turut menyampaikan anugerah khas iaitu Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman kepada Deddy M Borhan.

Selain itu, Anugerah Khas Juri diberikan khas kepada tiga buah filem iaitu Ola Bola, Polis Evo dan The Kid From The Big Apple.

Majlis dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad dan disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria.

Turut hadir, Isteri Timbalan Perdana Menteri Datin Seri Hamidah Khamis, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Sri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad dan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib.

Terdahulu 11 anugerah telah disampaikan pada Malam Perasmian FFM28 di Studio Sound Stage Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) Khamis lalu.

Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian Dayang Nurfaizah, Jaclyn Victor, Man Bai, Aizat dan Tomok.

Berikut adalah senarai pemenang malam kemuncak Festival Filem Malaysia Ke-28:

ANUGERAH FILEM TERBAIK NASIONAL FFM28 - MUNAFIK

ANUGERAH FILEM TERBAIK MALAYSIA FFM28 - JAGAT

ANUGERAH LAKONLAYAR TERBAIK - NOTA

PENGARAH TERBAIK FFM28 -SYAMSUL YUSOF / MUNAFIK

PENGARAH BAHARU TERBAIK - SHANJHEY KUMAR PERUMAL / JAGAT

PELAKON WANITA TERBAIK - NABILA HUDA / MUNAFIK

PELAKON BAHARU WANITA TERBAIK - FALISHA CROSLEY / MAT MOTO

PELAKON LELAKI TERBAIK -PEKIN IBRAHIM / MAT MOTO – KAMI MAT MOTO BUKAN MAT REMPIT

PELAKON BAHARU LELAKI TERBAIK - ADAM SHAHZ / JUVANA 2

PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK - FAUZIAH DATO’ AHMAD DAUD / LANGIT CINTA

PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK -HUSHAIRI HUSAIN / POLIS EVO

PELAKON KANAK-KANAK TERBAIK-TAN QIN LIN / THE KID FROM THE BIG APPLE

CERITA ASAL TERBAIK- MAT MOTO

SINEMATOGRAFI  TERBAIK - POLIS EVO

PENYUNTING TERBAIK - SYAMSUL YUSOF (MUNAFIK)

FILEM CEREKA ANIMASI TERBAIK - BOBOI BOY THE MOVIE

FILEM BOX OFFICE - POLIS EVO

ANUGERAH KHAS JURI - OLA BOLA, POLIS EVO & THE KID FROM THE BIG APPLE

KARYAWAN SEPANJANG ZAMAN - TUAN HAJI DEDDY M BORHAN
Powered by Blogger.