F Muka Saya Muka Drama - Izreen Azminda | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Muka Saya Muka Drama - Izreen Azminda

Pelakon Izreen Azminda, 30, tidak kecewa meskipun sehingga kini belum menerima tawaran membintangi filem biarpun sudah 10 tahun menceburi dunia lakonan. Sebaliknya dia bersyukur kerana rezekinya lebih terarah pada lakonan drama.

"Ya, saya belum pernah terima tawaran berlakon filem, cuma ada satu dua kemunculan saya tetapi tidak banyak babak. Tapi tidak mengapa kerana mungkin belum ada rezeki.

"Ada juga segelintir pelakon lain yang hanya berlakon filem sahaja tetapi tidak drama, begitu juga sebaliknya. Mungkin wajah saya lebih sesuai untuk lakonan di televisyen. Pendek kata, muka saya muka drama.

"Lagipun berlakon drama bagi saya ia memberi kepuasan yang lebih, tambahan jika ia drama berantai berbanding filem yang ditayangkan di pawagam untuk satu-satu tempoh. Kalau drama, ia lebih dekat dengan penonton dan lebih ramai orang menonton termaksuklah orang-orang di kampung atau di luar bandar," katanya ketika ditemui pada sidang media program Taste Selebriti, baru-baru ini.

Dalam program tersebut, Izreen mewakili negeri kelahirannya, Kangar Perlis, menerokai makanan tradisional dan tempat makan yang enak serta menjadi tumpuan. Rancangan tersebut bakal bersiaran mulai 26 September ini, di saluran Astro Bella (saluran 133).

Dalam pada itu, menurut Izreen, kini dia memperlahankan seketika aktiviti lakona kerana mahu mencuba cabang seni lain seperti teater. Selain itu, dia mahu lari dari watak dan drama bergenre komedi yang sudah seringkali dibawakan semenjak dua tahun lalu.

"Saya berehat sekejap daripada drama sebab dalam tempoh dua tahun ini tumpuan saya hanya pada drama lebih-lebih lagi komedi. Saya rasa penat dan mahu berehat sehingga hujung tahun ini.

"Saya buat benda lain seperti teater. Saya akui, dulu saya kurang berminat pada teater kerana merasakan ia renyah dan perlu beri komitmen pada latihan. Tambahan teater sangat menguji kredibiliti lakonan kita, ketika itu saya belum punyai keyakinan. Tetapi saya mula jatuh hati pada teater selepas menjayakan teater 3 Ratu," katanya.

Izreen bakal sibuk dengan dua pementasan teater berjudul 3 Janda. Teater arahan pelakon Zulin Aziz itu turut dijayakan oleh Amy Mastura dan Sherry Al-Hadad. Satu lagi berjudul, Putera La Galigo, bergandingan dengan Azrel Ismail.
Powered by Blogger.